Pages

Wednesday, June 09, 2010

Melaka ~ Day 2

sambungan daripada episod Melaka ~ Day 1..

hari kedua kami kat Melaka takde pegi mane sangat... lepas brekfes.., *brekfes kat hotel tu out... ramai dan makanan tak sedap!...  kami mandi kat swimming pool... *swimming pool nye besar dan best...
lepas zuhur kami semua pakat keluar.... dan menuju ke alor gajah... nak ke A Famosa... tapi sebabkan kami keluar lambat, dan singgah lunch pulak dulu..., sampai2 A Famosa dah nak tutup... tutup pukul 5.00... kami nak masuk A Famosa safari... untuk sesape yang nak pegi, saya cadangkan pegi pagi sebab budak kaunter tu bagitu kami 4 jam nak habiskan mase dalam tu.... nak pulak pegi cowboy town, tak bukak lagi... jadi kami balik dengan tangan kosong laa....

kami terus patah balik ke ayer keroh.... Abg zaid bawak kami pi naik river cruise... tambang nak naik river cruise RM 10 je untuk dewasa dan RM 5 untuk kanak2... tak payah tunggu lame sebab bot dier banyak... dan tak perlu ikut time... kalau bot kosong, terus naik dan jalan...

sebelum bot gerak... ambik pic dulu...

nampak tak monorail kat belakang tu... fungsi dier macam river cruise tu jugak... round sekitar2 tu.. tapi belom beroperasi lagi... bulan 7 baru beroperasi...

dinding2 bangunan lama dicat semula untuk tarikan pelancong... colourful kan?

nampak tak ader laluan pejalan kaki..? laluan pejalan kaki tu sejauh 4.5km sehala....kalau rajin bole jugak jalan kaki...

sepanjang perjalanan kite bole nampak bangunan bersejarah, kedai, rumah2 orang kampung.. semuanye telah dipulihara untuk tarikan pelancong.. memang cantik....



muzium belia malaysia

balai seni lukis melaka

nampak tak buaya biawak tu... kate pemandu bot tu, biawak melaka spesel sikit daripada biawak negeri2 lain... nak tau kenape? sebab biawak-biawak ni semua ni dapat peruntukan makanan RM 900 sebulan daripada kerajaan negeri.. patutla gemok2 biawak kat situ...




ni semua sepanjang panjang sungai tu... view memang best.... orang2 melaka kate kalau naik cruise ni malam2 lagi best.. nampak cahaya2 lampu... cantik sangat....

habis je naik river cruise..., kami pusing2 di bandar melaka....memang banyak sangat perubahan... melaka semakin cantik, sibuk dan best!! nak cari parking pon payah....  pusing punye pusing tak dapat2 jugak parking... terus saya cadangkan pada hubby parking kat bawah dataran pahlawan je memandangkan mase dah terbuang mencari parking.....

daripada tempat parking nak ke menara taming sari agak jauh la jugak.... jadi kami beca untuk sampai ke sana... dah lame tak naik beca... satu beca tu dier charge RM 10 untuk sehala...

pembawa2 beca pon budak2 muda sekarang.. bagus laa... masih kuat....

menunggu nak naik menara taming sari... ada apa dengan menara taming sari...?

konsep dier sebijik macam kat tiger sky tower singapore... revolving tower.... yang ini boleh tengok pemandangan sekitar bandar melaka.... naik sampai puncak menara taming sari tu setinggi 110 meter...sape gayat jangan naik yer... sekali naik boleh memuatkan lebih kurang 60 orang dan makan mase sekitar 7 minit naik dan turun..

sebelum balik ke hotel, kami dinner di nasi lemak antarabangsa di dataran pahlawan.. tak jadi jugak nak makan kat umbai.... :o|

~to be continued~

2 response:

LYaFRINA said...

bestnya p melaka..
sy pttnya cuti bru ni k melaka gak. tp cancel last minute, sbb kna k hosp.. apa2 pun kesihatan lbh pntingkn..

~aSHa~ said...

bestnye jadi piawak..dpt peruntukan 900 tu tuk makan sahaja...wat kalah kita...

Related Posts with Thumbnails