Pages

Wednesday, December 31, 2014

Suka Duka 2014

Tahun 2014 berakhir hari ini...

Tahun 2014 dimulakan dengan kegembiraan, anak sulung mama, Muhammad Danish mula melangkah ke alam persekolahan. Memulakan alam persekolahannya di Tahun 1 Zamrud di SK Minden Height. Alhamdulillah...

Januari,
Pakcu, adik mama dimasukkan ke Hospital Besar Tuanku Ampuan Rahimah Klang, akibat usus bengkak dan memerlukan pembedahan segera. :-( Alhamdulillah selepas lebih kurang seminggu, sihat dan dibenarkan pulang.

Mac,
Doktor bagitau mama dia kesan struktur tak normal pada jantung anak mama.. Masa tu kandungan mama sudah enam bulan lebih...  :-( 6 orang doktor mama jumpa mengatakan perkara yang sama.. Keadaan anak mama 50/50... apa-apa perubatan hanya boleh diketahui selepas baby lahir... mungkin boleh survive, mungkin tidak... Mama pasrah...  Mama redha...

Mei,
30hb anak mama, Malaika Dahlia lahir di Hospital Besar Pulau Pinang. Walaupun overdue seminggu anak mama lahir normal. Alhamdulillah.. anak mama survive dan dimasukkan ke NICU... doktor masukkan ubat prostin untuk jantung anak mama. 38 hari anak mama duduk di hospital. tak boleh balik rumah lagi.

Jun,
22/06, birthday anak mama Muhammad Danish. celebrate di rumah je..sederhana... mama masih dalam pantang dan baby masih di hospital.

Julai,
03/07, birthday papa...
07/07, baby Dahlia dihantar ke Hospital Serdang.. mama dapat tidur dua malam dengan Dahlia di hospital.
09/07, pagi2 baby Dahlia dah masuk icu untuk persediaan operation petang tu... 9.30pm, tengok baby Dahlia selesai operation.. keadaan 50/50.. Doktor kata banyakkan berdoa.... 10.30pm, doktor panggil.. jantung Dahlia berhenti... Doctor and nurses buat prosidur kecemasan.. tapi gagal.. 11.30pm, baby Dahlia ucap selamat tinggal buat selamanya pada mama, papa, abang dan kakak....
10/07, sampai di Penang jam 6.30 pagi... kali pertama dan terakhir baby Dahlia pulang ke rumah... cuma sekejap.. Jam 11.00 pagi, Dahlia dikebumikan dan berbahagialah dia menjadi wildan syurga...  Semoga kita bertemu di sana nanti yea sayang...  *crying

November,
12/11, birthday mama.. Papa belikan jam baru.. :-)
13/11, birthday anak mama, Marissa Damia...

berita mengejutkan anak sepupu mama berusia 22 hari meninggal dunia.. masalah jantung juga... :-(

Disember,
anak kawan baik mama pulak meninggal dalam perut... ya Allah.... :-(
15/12, Pak Andak dipanggil menemui penciptaNya.. semoga Pak Andak tenang dan aman di sana.. sempat bertemunya seminggu sebelum Pak Andak meninggal... menyayat hati dan meruntun jiwa... sakit yang ditanggungnya tak dapat nak dibayang... berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...

Semoga penutup 2014 dibukakan dengan lebih kegembiraan di tahun 2015...













Tuesday, June 26, 2012

Sayang Semuanya




video


Wednesday, June 13, 2012

weaned off

hari ni masuk hari keenam marissa bercerai dengan "candu" nya... (",) kesian memang la kesian tapi mama rasa dah sangat-sangat sesuai la masa nya marissa bercerai dengan "candu" nya ini... lagipun marissa dah 2 tahun 7 bulan.... boleh sangat lah kan?

candu??? oh, susu badannnn.... marissa bf sejak lahir sampailah 6 hari lepas... abang nya dulu tak sampai dua tahun sebab mama pregnant jadi terpaksa weaned off seawal setahun setengah kot... (kalau tak silap la)

mula-mula nak ceraikan marissa ngan "candu" nya, memang agak susah... almaklumlah.. nama pun candu kan... hehehe... mama cuma letak biji manjakani yang dah ditumbuk halus dan campur dengan sedikit air... sapa yang penah makan biji manjakani, maklumlah ye kepahitannya kan.. hehehe...

bila marissa rasa je... terus dia buat muka pelik and terus kata "rasa masya" (rasa masam)... mama tergelak sebab rasa pahit dikata masam... hehehe... terus dia report kat papa..

marissa : papa t*t*k mama masya (t*t*k mama masam)...
papa : hmm.. tu la, t*t*k mama dah tak elok dah, dah basi...
marissa : dah basi? basi tu ape?
papa : tak bole minum dah syusyu mama...
marissa : dah basi?
papa : aah

marissa : kene beli t*t*k lain laaa..
mama : hahahaha.... nak beli kat mane?
marissa : kat paca mala (pasar malam)
mama : (tergelak lagi) mane ade jual kat pasar malam...
marissa : adeee....
mama : hahahaha....

sampai hari ni dia masih la terasa "gian" nak melekap tu.. especially bila nak tidur... tapi agaknye bile teringat rasa "masam" tu, terus tak jadi.. hehehe....


Thursday, May 24, 2012

oh Danish!

Malam semalam ada parents-teacher meeting kat sekolah Danish.. Tujuan meeting tu nak discuss progress anak-anak dan tengok result mid term assessment hari tu... Jadi, semalam lepas hantar FIL buat dialisis, kami terus ke sekolah Danish... hati mama berdebar-debar la jugak... hahaha...  macam la anak nak ambik result SPM... pes taim la katakan... hehehe....

Sampai je kami kat sekolah, dah ramai dah parents yang dah sampai... kami diminta isi borang customer satisfaction berkenaan sekolah dari segi pengajaran, keselamatan dan lain-lain lah dan beri suggestion untuk penambahbaikan...

Tak sampai sepuluh minit menunggu, kami naik ke atas (kelas Danish) berjumpa dengan class teacher dia, Teacher Tracy... Sebelum tu, teacher bagi kami tengok kertas peksa Danish aritu.. Ada 6 subjek semuanya.... BM, BI, Maths, Sains, Phonic, Bahasa Cina... hermmm... berapa la agaknya Danish dapat yer... risau juga mama.. Dari hari pertama dia pegi exam, mama risau sangat.. sebab selama ni buat homework pon kene guide dan kene tunggu depan dia baru lah boleh siap homework tu...

Alhamdulillah, result Danish ok... BM-95%, BI - 93%, Maths - 78%, Sains - 83%, Phonics - 90% , Bahasa Cina - 71%...Mama dah janji ngan Danish, kalau result mid term Danish ni ok, mama nak bagi hadiah... Mama dah kira-kira, untuk kali ni, result Danish tu layak dapat hadiah yang mama janjikan tu... kira hadiah birthday sekali lah yer... (",) hehehe...  

Mama doakan 2nd term nanti Danish boleh dapat lebih bagus dari ni... Macam ni la agaknya perasaan mak mama dulu mase nak ambik result peksa mama ye.. hehehe... Anak baru tadika ni pun, mama dah risau gila! hahahaha.... *peace*


Thursday, May 03, 2012

yes or no

tengok la anak dara kecik mama ni...

yang ni dah cantik kan...

yang ni ape cer...?

*senyum*


Related Posts with Thumbnails