Pages

Thursday, April 15, 2010

sana sini...

..orang dah mula bercakap kebaikan susu ibu... baguslah... saya pun kurang konfiden nak bagi anak saya susu formula ni.. ye laa sejak2 depa pi bubuh melamine dalam susu tepung.. sengal!! bagi saya, memang sejak anak pertama saya dah susukannya dengan susu badan sampailah saya mengandung anak kedua.. baru la saya stopkan penyusuan badan.. dann sekarang anak pertama dah pun nak masuk 3 taun.. alhamdulillah... dia memang rapat dengan mamanya ni... apa2 sikit, mama.. mama dan mama... dia la yang pandai amik hati mama, dialah yang buat mama geram... anak no.2 ni pon saya susukan sepenuhnya sampai sekarang.. alhamdulillah... saya mendapat sokongan dari semua pihak.. baik dari suami, family saya dan family sebelah suami... lagi pula, menyusukan badan ni amat-amat-amatlah mudah bagi saya.. nak pegi mana, tak payah la nak bawak segala susu, botol susu, air panas semua tu.. mudah kan..?? lebih bersyukur lagi saya bekerja di syarikat suami sendiri dan anak2 saya bawa ke ofis... jadi, tiada masalah bagi saya untuk menyusukan anak saya secara esklusif...

banyak kebaikan susu ibu yang boleh kita ketahui... antaranya susu ibu bersih dan bebas bakteria. Selain itu ia mengandungi anti jangkitan yang melawan pelbagai jangkitan penyakit. Antaranya sel darah putih hidup (leucocytes) yang membunuh bakteria. Antibodi (immunoglobulins) mampu menentang jangkitan penyakit biasa sehinggalah bayi berupaya membentuk antibodinya sendiri. Sekiranya si ibu mempunyai jangkitan, antibodi yang dapat melawan jangkitan tersebut akan hadir di dalam susu ibu..

berdasarkan kajian, anak2 yang minum susu ibu juga kecerdasan IQ nya mampu mencecah tahap tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa. wow!!! kan ke sejuk perut mengandung kalau dikurniakan anak2 yang bijak... saya sendiri rasa teruja bila Danish sudah mengenal ABC, nombor dan warna pada usia tidak sampai 2 tahun.. alhamdulillah... rase seronok bila ditanya perkembangan anak2... "eh, anak ko dah pandai ape"..

Sewaktu menyusukan juga.... bau, sentuhan dan wajah kita akan terakam pada ingatan anak... Proses penyusuan membantu bayi lebih mengenali mama nya dan paling penting anak dapat merasakan kehangatan kasih kita. Anak akan lebih mesra dan kasih sayang mereka lebih mendalam pada kita... insya Allah takde la tua2 nanti duduk kat rumah orang tua... :-)... paling syok, ini satu kelebihan pada mama berbanding papa.. betul tak mama mama semua? "betuuuulllllllllllll"... keh keh keh...

jadi... susu ibu atau susu formula..?? anda tentukan....

:: anak-anak susu ibu ::



*some infos are googled*



0 response:

Related Posts with Thumbnails