Tahun 2014 berakhir hari ini...
Tahun 2014 dimulakan dengan kegembiraan, anak sulung mama, Muhammad Danish mula melangkah ke alam persekolahan. Memulakan alam persekolahannya di Tahun 1 Zamrud di SK Minden Height. Alhamdulillah...
Januari,
Pakcu, adik mama dimasukkan ke Hospital Besar Tuanku Ampuan Rahimah Klang, akibat usus bengkak dan memerlukan pembedahan segera. :-( Alhamdulillah selepas lebih kurang seminggu, sihat dan dibenarkan pulang.
Mac,
Doktor bagitau mama dia kesan struktur tak normal pada jantung anak mama.. Masa tu kandungan mama sudah enam bulan lebih... :-( 6 orang doktor mama jumpa mengatakan perkara yang sama.. Keadaan anak mama 50/50... apa-apa perubatan hanya boleh diketahui selepas baby lahir... mungkin boleh survive, mungkin tidak... Mama pasrah... Mama redha...
Mei,
30hb anak mama, Malaika Dahlia lahir di Hospital Besar Pulau Pinang. Walaupun overdue seminggu anak mama lahir normal. Alhamdulillah.. anak mama survive dan dimasukkan ke NICU... doktor masukkan ubat prostin untuk jantung anak mama. 38 hari anak mama duduk di hospital. tak boleh balik rumah lagi.
Jun,
22/06, birthday anak mama Muhammad Danish. celebrate di rumah je..sederhana... mama masih dalam pantang dan baby masih di hospital.
Julai,
03/07, birthday papa...
07/07, baby Dahlia dihantar ke Hospital Serdang.. mama dapat tidur dua malam dengan Dahlia di hospital.
09/07, pagi2 baby Dahlia dah masuk icu untuk persediaan operation petang tu... 9.30pm, tengok baby Dahlia selesai operation.. keadaan 50/50.. Doktor kata banyakkan berdoa.... 10.30pm, doktor panggil.. jantung Dahlia berhenti... Doctor and nurses buat prosidur kecemasan.. tapi gagal.. 11.30pm, baby Dahlia ucap selamat tinggal buat selamanya pada mama, papa, abang dan kakak....
10/07, sampai di Penang jam 6.30 pagi... kali pertama dan terakhir baby Dahlia pulang ke rumah... cuma sekejap.. Jam 11.00 pagi, Dahlia dikebumikan dan berbahagialah dia menjadi wildan syurga... Semoga kita bertemu di sana nanti yea sayang... *crying
November,
12/11, birthday mama.. Papa belikan jam baru.. :-)
13/11, birthday anak mama, Marissa Damia...
berita mengejutkan anak sepupu mama berusia 22 hari meninggal dunia.. masalah jantung juga... :-(
Disember,
anak kawan baik mama pulak meninggal dalam perut... ya Allah.... :-(
15/12, Pak Andak dipanggil menemui penciptaNya.. semoga Pak Andak tenang dan aman di sana.. sempat bertemunya seminggu sebelum Pak Andak meninggal... menyayat hati dan meruntun jiwa... sakit yang ditanggungnya tak dapat nak dibayang... berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...
Semoga penutup 2014 dibukakan dengan lebih kegembiraan di tahun 2015...
Sunyi.
4 years ago